PENJELASAN BERKAITAN KENYATAAN DAN PENDIRIAN PRESIDEN PERANCIS (MACRON)

Fransa Cumhurbaşkanı Macron’un açıklamaları ve tutumlarına ilişkin açıklama
أكتوبر 26, 2020
رسالة تعزية باستشهاد ثلة من مجاهدي الجبهة الوطنية
أكتوبر 26, 2020

PENJELASAN BERKAITAN KENYATAAN DAN PENDIRIAN PRESIDEN PERANCIS (MACRON)

Presiden Perancis senantiasa meniupkan kebencian terhadap orang-orang Islam serta Nabi Muhammad s.a.w tanpa peduli dan berhati-hati dengan perasaan jutaan umat Islam dan penduduk dunia yang mementingkan penghormatan terhadap agama-agama ketuhanan dan simbolik-simboliknya yang antaranya ialah Islam. Telah terdahulu bagi Majlis Islam Syria mengeluarkan kenyataa yang mengecam kenyataan jahat Macron dan pendirian yang penuh kebencian, tidak ketinggalan juga banyak kerajaan, institusi, persatuan dan majlis agama telah bangkit mengecam  kesombongan ini. Harapan dikalangan ahli politik yang bijak ialah dia akan menarik semula pendiriannya dan mengubah kenyataanya bagi memelihara sosio kemasyarakatan Perancis kerana umat Islam terbentuk di dalamnya   sebagai agama kedua dan dikira berjuta begitu juga bagi menjaga kepentingan negaranya dengan negara dan bangsa Islam di dunia tetapi dia tetap kekal dalam kesesatannya dan sedar tentang kezalimannya serta liar terhadap umat Islam dengan menyifatkan mereka dengan keterlaluan dan keganasan dan keatas Nabi Muhammad dengan mengakui karikatur biadap terhadap Baginda s.a.w, memperakui ianya pembangunan demokrasi yang mereka dakwakan, mengulangi cubaan sia-sia yang rugi melalui karikatur biadap di Denmark yang telah terjadi sebelum dua puluh tahun yang lalu.

Majlis Islam Syria dalam menentang kezaliman ini ingin menjelaskan:

  1. Macron meremehkan perasaan jutaan umat Islam, menimbulkan dendam kesumat dan kebencian sesama penganut agama, mengancam kehidupan bersama antara anak watan, menyumbang kepada pertembungan peradaban, dan cuba memenangkan hak ekstrem di Perancis atas alasan pilihan raya. Dia juga mendorong gerakan-gerakan ini di seluruh Eropah untuk melecehkan dan menyerang umat Islam, dan ini terbukti di beberapa negara Eropah seperti Jerman, dan ini dicontohkan oleh serangan terhadap masjid-masjid Muslim dan penutupan mereka.
  2. Macron dan politikus seumpanya tidak mampu menggapai sejauh mana tahap kecintaan umat Islam terhadap Nabi mereka Muhammad saw walaupun terdapat perbezaan tahap dan kepatuhan mereka terhadap Syariat Islam. Golongan politikus juga tidak pernah mengambil iktibar dari peristiwa tersebarnya

karikatur biadap terhadap Nabi yang menjadi punca kebangkitan umat Islam diserata negara. Ini terbukti di pelbagai peringkat rasmi dan  akar umbi. Provokasi yang menyinggung ini tidak menjadikan umat Islam kecuali cintakan kepada Nabi

mereka dan kembali kepada agama dan ajarannya. Oleh itu, kami meminta umat Islam untuk menyatakan kemarahan mereka secara aman damai atas serangan ini untuk menyokong Nabi mereka.

  1. Mereka yang tidak memahami bahasa moral dan prinsip, perlu diajarkan didikan yang jelas melalui bahasa kepentingan dan faedah, dari sudut inilah Majlis Islam Syria menyeru masyarakat dunia Islam secara umum, rakyat Syria khususnya dan semua institusi serta syarikat komersial di dunia Islam untuk memboikot barangan Perancis, termasuk kereta dan minyak wangi yang menghasilkan keuntungan  luar biasa. Sesungguhnya perkara ini sudah bermula di beberapa buah negara, maka keberanian ini harus disedari dimana ia akan menjadi bencana kepada rakyatnya dan negara pimpinannya. Juga untuk dia mengetahui bahawa dia sebenarnya telah  menggerakkan perang yang merugikan dalam melawan bangsa Islam dan Nabi agung mereka dan supaya tidak diteruskan oleh mereka yang terdapat dihatinya penyakit zalim dan permusuhan.

Penutup kami mengajak penceramah dan pendakwah menjadikan khutbah jumaat ini tentang cintakan Rasul yang agung, kesyumulan dan kelebihan Baginda s.a.w serta sanggahan terhadap provokasi dan suara sumbang yang kedengaran kini dan akam datang. Kepada Allah kita memohon agar Dia mematahkan tipu muslihat dan kebencian musuh serta mengangkat kalimah hak dan agama. Segala sebenarnya milik Allah pemilik sekelian alam.

 

Majlis Islam Syria
8 Rabiul Awwal 1442 bersamaan 25 Oktober 2020