Presiden Perancis senantiasa meniupkan kebencian terhadap orang-orang Islam serta Nabi Muhammad s.a.w tanpa peduli dan berhati-hati dengan perasaan jutaan umat Islam dan penduduk dunia yang mementingkan penghormatan terhadap agama-agama ketuhanan dan simbolik-simboliknya yang antaranya ialah Islam. Telah terdahulu bagi Majlis Islam Syria mengeluarkan kenyataa yang mengecam kenyataan jahat Macron dan pendirian yang penuh kebencian, tidak ketinggalan juga banyak kerajaan, institusi, persatuan dan majlis agama telah bangkit mengecam kesombongan ini. Harapan dikalangan ahli politik yang bijak ialah dia akan menarik semula pendiriannya dan mengubah kenyataanya bagi memelihara sosio kemasyarakatan Perancis kerana umat Islam terbentuk di dalamnya sebagai agama kedua dan dikira berjuta begitu juga bagi menjaga kepentingan negaranya dengan negara dan bangsa Islam di dunia tetapi dia tetap kekal dalam kesesatannya dan sedar tentang kezalimannya serta liar terhadap umat Islam dengan menyifatkan mereka dengan keterlaluan dan keganasan dan keatas Nabi Muhammad dengan mengakui karikatur biadap terhadap Baginda s.a.w, memperakui ianya pembangunan demokrasi yang mereka dakwakan, mengulangi cubaan sia-sia yang rugi melalui karikatur biadap di Denmark yang telah terjadi sebelum dua puluh tahun yang lalu.
Majlis Islam Syria dalam menentang kezaliman ini ingin menjelaskan:
karikatur biadap terhadap Nabi yang menjadi punca kebangkitan umat Islam diserata negara. Ini terbukti di pelbagai peringkat rasmi dan akar umbi. Provokasi yang menyinggung ini tidak menjadikan umat Islam kecuali cintakan kepada Nabi
mereka dan kembali kepada agama dan ajarannya. Oleh itu, kami meminta umat Islam untuk menyatakan kemarahan mereka secara aman damai atas serangan ini untuk menyokong Nabi mereka.
Penutup kami mengajak penceramah dan pendakwah menjadikan khutbah jumaat ini tentang cintakan Rasul yang agung, kesyumulan dan kelebihan Baginda s.a.w serta sanggahan terhadap provokasi dan suara sumbang yang kedengaran kini dan akam datang. Kepada Allah kita memohon agar Dia mematahkan tipu muslihat dan kebencian musuh serta mengangkat kalimah hak dan agama. Segala sebenarnya milik Allah pemilik sekelian alam.
Majlis Islam Syria
8 Rabiul Awwal 1442 bersamaan 25 Oktober 2020